Input your search keywords and press Enter.

Henti Tindakan Bertentangan Semangat Perpaduan – PM

M Update, 20/03/2025 – Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam memberi teguran terhadap tindakan individu yang menampar seorang pemuda bukan Islam kerana makan di khalayak ramai.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri menegaskan, tindakan itu perlu dihentikan kerana ia bertentangan semangat perpaduan dan keharmonian negara.

Isu yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan bangsa ini boleh dielakkan jika semua pihak patuh dan komited mengamalkan prinsip hormat menghormati antara satu sama lain bagi membina sebuah negara yang bertamadun.

Terdahulu, Abdul Razak Ismail, 65, mengaku salah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun di premis kedai serbaneka di sebuah pusat beli belah di sini, jam 3.45 petang, Ahad lalu.

toto slot toto slot