Input your search keywords and press Enter.

Pemandu Myvi Diserang Sawan, Empat Pejalan Kaki Cedera

Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan di Jalan Kea Farm dekat Brinchang pada Ahad.

M Update, 16/06/2025 – Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Myvi dipandunya hilang kawalan dan melanggar empat pejalan kaki termasuk tiga kanak-kanak di KM 68, Jalan Kea Farm, Brinchang pada Ahad.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu melibatkan mangsa seorang lelaki (24 tahun) dan tiga kanak-kanak perempuan (2, 8 dan 10 tahun) yang mengalami kecederaan dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom.

Kereta yang dipandu telah hilang kawalan selepas pemandu terbabit dipercayai diserang penyakit sawan lalu terbabas masuk ke bahu jalan kiri dan melanggar beberapa pejalan kaki.

Hasil siasatan pihak polis mendapati pemandu tersebut tidak memiliki sebarang rekod saman dan hasil ujian saringan awal air kencing didapati negatif serta memiliki rekod penyakit sawan.

Saman juga telah dikeluarkan kepada pemandu berkenaan.

monperatoto kampungbet