
M Update, 25/06/2025 – Sebuah kereta mewah jenis Porsche milik seorang selebriti antara 101 kenderaan mewah yang disita JPJ dalam Ops Luxury yang dilaksanakan di seluruh negara sejak awal Jun.
Kereta itu disita kerana LKM tamat tempoh dan tiada insurans sah.

Sebanyak 101 kenderaan mewah termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayenne, BMW 530e, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Vellfire dan Mercedes-Benz yang terlibat dalam pelbagai kesalahan.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen yang sah (CDL).
Selain itu, turut dikesan ialah penggunaan nombor pendaftaran palsu, ketidakpadanan nombor casis dengan maklumat dalam sistem serta penggunaan ‘trade plate’ palsu.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, Ops Luxury dilaksanakan secara bersepadu di seluruh negara sebagai usaha memperkukuh penguatkuasaan terhadap pemilikan dan penggunaan kenderaan mewah yang melanggar undang-undang jalan raya.

Menurut beliau, pelaksanaan Ops Luxury memberi isyarat jelas bahawa JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan jalan raya.
Pemilikan kenderaan mewah tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya yang sah.
JPJ juga menyeru pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab dengan memastikan dokumen kenderaan dan lesen memandu sentiasa diperbaharui serta sah digunakan.
monperatoto