Isu Had BUDI95: MOF Sahkan Dakwaan Tambahan Subsidi Tidak Benar

Foto Hiasan

M Update, 08/04/2026 – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan bahawa dakwaan kononnya orang ramai boleh membuat permohonan umum untuk menambah had subsidi Budi Madani RON95 (BUDI95) adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Menurut kenyataan pada Selasa, walaupun fungsi tersebut pernah diperkenalkan pada peringkat awal pelaksanaan BUDI95, ia bukan bertujuan untuk kegunaan peribadi.

Sebaliknya, kemudahan itu hanya disediakan bagi kes tertentu yang mempunyai keperluan operasi jelas dan disahkan, seperti pemandu e-hailing serta pemilik bot, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

MOF menjelaskan bahawa fungsi tersebut telah disalah faham sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas. Justeru, butang permohonan berkenaan kini telah dinyahaktifkan.

MOF memaklumkan had kelayakan BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi memastikan subsidi disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil.

Menurut kenyataan itu, langkah sementara berkenaan dilaksanakan susulan tekanan berterusan dalam pasaran tenaga global yang menyebabkan peningkatan kos subsidi, sekali gus memerlukan pengurusan yang lebih teliti.

Dalam masa sama, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa data menunjukkan had 200 liter adalah mencukupi untuk sekitar 90 peratus pengguna BUDI95.

kampungbet kotabet kampungbet kampungbet