MySiren Beri Amaran Kecemasan Tanpa Perlu Muat Turun Aplikasi

M Update, 24/11/2026 – Tak perlu memuat turun sebarang aplikasi! Sistem Amaran Awal MySiren menggunakan teknologi Cell Broadcast bagi menyalurkan makluman kecemasan terus ke telefon bimbit pengguna.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), ujian sistem berkenaan dilaksanakan di kawasan Parlimen Malaysia sebagai simulasi dan tidak memerlukan sebarang tindakan daripada orang ramai.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh penyampaian maklumat serta amaran awal kepada masyarakat ketika berlakunya situasi kecemasan.
