Anwar Jawab Persoalan Dasar Dan Keputusan Kerajaan Menerusi Dialog Negara Khas Malam Ini

M Update, 25/11/2026 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjawab pelbagai persoalan berkaitan dasar, pertimbangan serta keputusan kerajaan menerusi program Dialog Negara Khas: “Di Sebalik Keputusan…” yang dijadualkan bersiaran pada jam 9 malam ini.

Program berkenaan menghimpunkan panelis daripada pelbagai latar belakang masyarakat bagi mengemukakan soalan dan mendapatkan penjelasan mengenai pendekatan kerajaan dalam mentadbir negara.

Anwar menerusi hantaran di media sosial berkata, beliau akan menjawab persoalan yang dibangkitkan panelis, khususnya berhubung dasar serta keputusan yang dibuat kerajaan dalam menentukan hala tuju negara.

Beliau berharap sesi dialog itu dapat memberikan penjelasan kepada rakyat, menjawab kekeliruan serta meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap hala tuju negara.

Program Dialog Negara Khas itu boleh ditonton menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa saluran media tempatan lain pada jam 9 malam ini.