Enam EXCO Negeri Sembilan Dilantik, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kembali Dibentuk

Barisan exco baharu Negeri Sembilan. FOTO: Malaysia Gazette

M Update, 27/11/2026 – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, berkenan memperkenankan pelantikan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), sekali gus membuka laluan kepada pembentukan semula pentadbiran kerajaan negeri selepas kemelut hampir empat bulan.

Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, hari ini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, kemudian mengumumkan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih menganggotai barisan EXCO negeri.

Empat daripada mereka merupakan wakil Barisan Nasional (BN)/UMNO, iaitu ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir; serta ADUN Repah, Koh Kim Swee daripada MCA.

Dua lagi ialah ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad daripada WAWASAN dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria daripada PAS.

Ismail turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua ADUN yang dilantik serta menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas perkenan baginda.