M-Update,30/1/2019, KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion dalam 10 program keusahawanan wanita pada tahun lepas untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, program itu menyediakan lahan intensif dalam keusahawanan, sokongan eksport dan bantuan kewangan kepada usahawan wanita. “Program ini telah memberi manfaat kepada 364,052 penerima perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya dalam ucaptama pada ASEAN-Japan Women Entrepreneurs’ Linkage Programme (AJWELP) semalam.
Beliau berkata di Malaysia, perniagaan milik wanita membentuk 20.6 peratus daripada 907,065 jumlah PKS di Malaysia. “Ini jauh lebih rendah daripada perniagaan milik lelaki dan daripada jumlah itu, sebanyak 97.2 peratus wanita dalam sektor perkhidmatan,” katanya. Mengenai AJWELP, Wan Azizah berkata program tersebut akan mencapai kejayaan yang besar dalam memperkasakan wanita di ASEAN berikutan ia kini dalam tahun kega berturut-turut pelaksanaannya. Dianggarkan sebanyak 61.3 juta usahawan wanita memiliki dan mengendalikan perniagaan di ASEAN, menyumbang 9.8 peratus daripada jumlah penduduk ASEAN.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Wira Dr Mohd Haa dalam ucapan berkata lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan sumbangan PKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “PKS perlu bekerja lebih keras dan lebih bijak dalam usaha untuk meningkatkan sumbangan sebanyak 41 peratus kepada KDNK,” katanya. Beliau berkata kementerian akan melihat kepada bidang dan sektor baharu untuk mencapai sasaran sumbangan PKS sebanyak 41 peratus kepada KDNK menjelang 2020.
“Kami akan membawa perusahaan dan usahawan baharu, terutamanya usahawan wanita dan kumpulan B40,” katanya. Mohd Haa berkata hubungan antara PKS dan syarikat besar masih lemah, dengan PKS dak mendapat manfaat berikutan mereka membuat pembelian daripada syarikat. “Kita perlu mengubah keadaan, dan kita memerlukan syarikat yang lebih besar membeli daripada PKS tempatan, menyokong mereka dan akhirnya mencapai sasaran 41 peratus menjelang 2020,” katanya. – Bernama