M Update, 1/3/2019 – Negeri Sembilan menggalakkan semua ibu pejabat polis daerah (IPD) menggunakan WhatsApp dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat.
Inisiatif itu dilihat dapat membantu polis mencegah dan menangani kelakuan jenayah dengan pantas dan memudahkan orang awam menyalurkan maklumat dengan cepat kepada polis
Ia adalah sebagai penambah baik daripada program kepolisan komuniti yang diperkenalkan polis dengan menggunakan komunikasi maya atau laman sosial sebagai medium pemberitahuan.
Sumber : Harian Metro