M Update, 4/3/2019 – Seorang pelancong wanita yang duduk di atas seketul ais berbentuk seperti singgahsana yang terdampar di tepi pantai di Iceland terpaksa diselamatkan selepas ais itu tiba-tiba hanyut ke laut.
Judith Streng berkata, dia melawat Teluk Jokulsarlon bersama anak lelakinya baru-baru ini dan terjumpa satu ketulan ais berbentuk seperti singgahsana terdampar di tepi pantai. Wanita berusia 77 tahun dan berasal dari Flower Mound, Texas, Amerika Syarikat itu kemudiannya duduk di atas ketulan ais itu untuk bergambar.
Ketika Judith tersenyum untuk gambarnya dirakamkan, ombak besar tiba-tiba melanda dan menghanyutkan ketulan ais berkenaan. Bentuk ais itu kelihatan senang untuk duduk. Saya fikir ia mesti seronok,” katanya dalam satu wawancara dalam program Good Morning America. Apabila saya naik di atas ketulan ais itu ia mula bergoyang dan tiba-tiba ombak besar datang lalu menghanyutkan ais itu bersama saya.
Mungkin saya tidak terlalu berat dan itu membuatkan ketulan ais berkenaan tidak tenggelam,” jelasnya. Katanya, dia bernasib baik kerana seorang pengunjung yang juga kapten bot dan penyelamat terlatih membantu membawanya kembali ke pantai. Anak lelaki Judith menghantar gambar itu kepada anak perempuannya yang berusia 24 tahun yang kemudiannya berkongsi imej berkenaan di media sosial hingga tular di Internet.
Sumber : HM Online, Agensi