Input your search keywords and press Enter.

PM : Kekerasan Israel Tidak Wajar

M Update, 3/4/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Israel menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk memberi perlindungan kepada orang awam di Palestin.

Kementerian Luar sebelum ini berkata Malaysia mengutuk tindakan Israel yang menggunakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang menyertai menyertai perhimpunan sempena ulang tahun pertama Great March of Return pada 30 Mac.

Malaysia menganggap penggunaan kekerasan secara berterusan oleh Israel ke atas penunjuk perasaan rakyat Palestin yang tidak bersenjata tidak wajar dan tidak boleh diterima, walaupun dengan apa cara sekalipun. Dalam insiden itu, sekurang-kurangnya empat orang awam Palestin yang tidak berdosa maut dan lebih 300 yang lain dilaporkan cedera

Perdana Menteri berkata, keganasan secara agresif yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa malah tindakan tidak bertanggungjawab itu semakin meningkat dari semasa ke semasa malah, banyak nyawa yang tidak bersalah terus menjadi mangsa keganasan itu. Dr M juga merayu semua pihak supaya tidak cuba menaikkan ketegangan yang semakin meningkat.

Saya sangat prihatin terhadap keganasan yang semakin meningkat di Gaza malah, mengutuk penggunaan kekerasan berlebihan terhadap rakyat Palestin dengan menggunakan beratus-ratus peluru berpandu dari kapal perang serta menempatkan aset ketenteraan di sempadan.

Katanya, gencatan senjata harus dihormati sepenuhnya malah, keganasan berlebihan dilakukan Israel terhadap Palestin menggambarkan keadaan yang semakin membimbangkan. Dengan berdiam diri, komuniti antarabangsa dilihat bersetuju dengan penggunaan kuasa yang tidak seimbang oleh Israel sekali gus memburukkan lagi penderitaan rakyat Palestin yang tidak bersalah,” katanya. – BH Online

.

Leave a Reply