Input your search keywords and press Enter.

Serangan Roket Ke Israel Disebabkan Kesilapan Teknikal

M Update 03/04/2019 – Israel bertindak balas dengan menyerang banyak sasaran Hamas di wilayah Palestin itu termasuk meratakan pejabat Haniya, sebelum Mesir menjadi pengantara satu gencatan yang berjaya mengelak konflik pada skala penuh.

Kenyataan daripada pejabat beliau berkata, Haniya mengeluarkan ulasan itu, ketika satu mesyuarat dengan beberapa penganalisis politik. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai masalah teknikal yang menjadi punca kesilapan pelancaran roket terbabit.

“Roket itu adalah masalah teknikal, namun ia adalah pertunjukan kecil jika Israel mahu melakukan sesutau yang jahat kepada penduduk Palestin,” kata Haniya, semalam.

Sebelum ini, hanya beberapa pegawai tidak dinamakan dari Hamas memaklumkan roket itu ditembak kerana kesilapan teknikal.

Susulan gencatan terbaharu, Hamas berkata Mesir menjadi pengantara satu gencatan yang akan menyaksikan Israel melonggarkan sekatan terhadap wilayah itu untuk ketenteraman. Bagaimanapun, Israel masih tidak mengulas mengenai persetujuan itu.

Kelmarin, Israel memperluaskan zon nelayan di sekitar Gaza daripada satu kawasan ke jarak paling besar, sejak bertahun-tahun. Beberapa pegawai Hamas berkata, ia hanyalah langkah pertama. – AFP

Leave a Reply