Input your search keywords and press Enter.

Admin

4151 Articles0 Comments

Dr M : Syarikat Korporat Dedah Maklumat Rasuah Akan Dilindungi

M Update, 20/9/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan akan melindungi syarikat korporat yang memberi maklumat berhubung rasuah, sama ada dalam sektor awam atau swasta. Perdana Menteri berkata syarikat korporat yang memberi maklumat itu tidak akan didiskriminasi oleh mana-mana agensi kerajaan, termasuklah agensi yang dilaporkan. “Saya merayu pada…

Kempen Tabung Pahlawan 2019 Sasar Kutipan RM6 Juta

M Update, 20/9/2019 – Kementerian Pertahanan menyasarkan kutipan Kempen Tabung Pahlawan 2019 akan mencapai RM6 juta. Berikutan itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata pihaknya sudah merangka pelbagai program termasuk Majlis Makan Malam Amal (Oktober 2019), Larian Amal Veteran ATM dan ‘flashmob’ bagi memastikan sasaran dapat dicapai. Sumbangan tabung berkenaan akan…

Jerebu : Lebih 1,000 Sekolah Ditutup Di Sarawak

M Update, 20/9/2019 – Sebanyak 1,037 sekolah diarah tutup di Sarawak hari ini akibat jerebu, dengan keseluruhannya membabitkan 325,392 pelajar. Arahan penutupan itu masing-masing membabitkan 901 sekolah rendah dan 136 sekolah menengah di kawasan barat dan tengah negeri ini. Pengarah Pendidikan Sarawak, Dr Azhar Ahmad, berkata Sibu mencatat jumlah tertinggi…

Prasarana : Dua Tren Monorel Empat Gerabak Mula Beroperasi

M Update, 18/9/2019 – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yakin mampu membawa sehingga 70,000 penumpang sehari bagi laluan monorel dengan dua set tren monorel empat-gerabak yang beroperasi bermula semalam. Dalam satu kenyataan, Prasarana memaklumkan bahawa melalui penambahan dua tren, ia telah meningkatkan jumlah tren yang digunakan untuk laluan monorel kepada lima…

Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya masih ditutup

M Update, 18/9/2019 – Kesemua 25 sekolah di Putrajaya ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat pagi ini. Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad, berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah mencecah 200 mulai 6 pagi ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah…

KPDNHEP : Jangan Naikkan Harga Topeng Muka!

M Update, 17/9/2019 – Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka, sepanjang musim jerebu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, setakat ini tiada sebarang notis atau kompaun dikeluarkan kepada peniaga. Katanya, jika pihaknya mengesan…

Harimau Kumbang Pula Muncul Di Dungun

M Update, 17/9/2019 – JIKA dua bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan kemunculan dua harimau spesies Malaya di Kampung Besul Lama dekat Bukit Besi di Dungun, kini harimau kumbang pula dilihat berlegar-legar tidak jauh dari kawasan yang sama. Harimau kumbang terbabit ditemui berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah…

Darurat Bencana Jerebu Jika IPU Lebih 500

M Update, 17/9/2019 – NADMA memantau keadaan jerebu di Sarawak dan negeri-negeri lain dalam kenyataan hari ini berkata, Darurat Bencana Jerebu hanya dibuat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500. Manakala operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dibuat di Sarawak pada atau selepas 19 September, tertakluk kepada keadaan atmosfera, cuaca…

Bila FA18D dan MIG29N Bersatu

M Update, 17/9/2019 – “Walaupun berada di pangkalan udara berasingan namun pesawat tempur F/A-18D Hornet dan MiG-29N menyatukan cinta kami,” kata Jurusensor Senjata Pesawat, Mejar S Thayala Kumar Ravi Varman, 40. Thayala mendirikan rumah tangga bersama juruterbang wanita pertama di Asia mengemudi pesawat pejuang MiG-29N, Mejar Patricia Yapp Syau Yin.…

Lelaki Serang Bekas Isteri Bukan Kakitangan HCTM

M Update, 17/9/2019 – Lelaki didakwa menyerang bekas isteri dan bapa mentua, yang viral di media sosial sejak Sabtu lalu, sudah meletak jawatan pada April lalu. Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya tiada kaitan lagi dengan individu berkenaan. “Kami merujuk…