Input your search keywords and press Enter.

Admin

4142 Articles0 Comments

Video Dera Bayi: Polis Minta Orang Ramai Beri Maklumat

M Update, 12/6/2019 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video kejadian seorang kanak-kanak dipukul dan didera oleh seorang wanita agar tampil bagi membantu siasatan. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video yang…

Taman Negara Kuala Koh Tidak Terjejas Dengan Penularan Radang Paru-paru

M Update, 12/6/2019 – Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang yang popular di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa, tidak terjejas berikutan penularan radang paru-paru yang merebak dalam kalangan masyarakat Orang Asli suku Batek ketika ini. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif,…

Dasar Penggunaan 5G Akan Digubal

M Update, 12/6/2019 – Kerajaan akan menggubal dasar penggunaan teknologi 5G di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau berkata, dasar itu wajar diwujudkan kerana ia akan menjadi panduan kepada semua pihak berhubung tatacara penggunaan teknologi pada masa depan. “Saya sudah lancarkan projek perintis 5G di…

Harimau Malaya Terlalu Gagah Buat Timor Leste

M Update, 12/6/2019 – Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menerusi kemenangan 12-2 secara agregat mengatasi Timor Leste yang sekali lagi dijadikan ‘lauk’ pada perlawanan timbal balik playoff di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Selepas Safawi Rashid menyerlah pada perlawanan pertama, aksi…

Pertemuan Dua hala Dr Mahathir bersama Abe

M Update, 31/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Perdana Menteri dan rombongan tiba pada jam 10.15 pagi waktu tempatan. Pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu turut disertai Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke…

Wanita Pengsan, Baju Raya Musnah Rumah Terbakar

M Update, 31/5/2019 – Seorang wanita pengsan selepas terkejut melihat rumah pangsa didiaminya bersama suami dan tiga anak terbakar di Chendering, di sini, malam tadi. Kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu turut menyebabkan segala persiapan menyambut Aidilfitri termasuk pakaian raya keluarga itu hangus apabila 45 peratus kediamannya termasuk sebuah bilik…

Pahang Cuti Umum 30 Julai

M Update, 30/5/2019 – Kerajaan negeri Pahang mengumumkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah. Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melalui satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar,…

Pakcik Dicekup Tak Puasa

M Update, 30/5/2019 – DUA warga emas ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di sebuah kedai makan bukan Islam di Alor Janggus, Alor Setar, hari ini, kerana tidak berpuasa. Mereka yang berusia 65 dan 75 tahun itu memberi alasan mempunyai masalah kesihatan menyebabkan terpaksa makan di kedai…