Input your search keywords and press Enter.

Admin

4142 Articles0 Comments

Suspek Jerut Kucing Ditahan

M Update, 13/6/2019 – Lelaki disyaki membunuh kucing dengan menjerut haiwan itu di Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kelmarin, ditahan polis, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Muhammad Najib Hamzah berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Vistawira, Seksyen 2 Wangsa Maju, 1.10 tengah hari.…

Sebar Kandungan Lucah di Internet : MCMC Akan Ambil Tindakan

M Update, 13/6/2019 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memuat naik, menyebar atau berkongsi kandungan berunsur lucah di internet. Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, perkara berkenaan selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan pihak yang melanggar undang-undang itu boleh…

Syazlin Terus Wakili Keluarga Arwah Adib

M Update, Peguam, Syazlin Mansor bertekad akan terus mewakili keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner yang bakal bersambung semula, pada 26 Jun ini. Syazlin menjelaskan, keputusan berkenaan diambil selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga arwah, khususnya bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid yang…

Agong Mahu Rakyat Malaysia Di Luar Negara Lakar Kejayaan

M Update, 13/6/2019 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia di luar negara perlu menjaga dan mengharumkan nama negara, termasuk dengan melakar kejayaan di bidang masing-masing. Sultan Abdullah yang memulakan lawatan khas tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam, bertitah setiap rakyat Malaysia…

Prayut Perdana Menteri Baru Thailand

M Update, 12/6/2019 – Jen Prayut Chan-O-Cha mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand ke-29 dengan berikrar untuk “memerangi rasuah, mengurangkan ketidaksamaan, meningkatkan kebajikan rakyat dan mengamalkan ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan”. Prayut mendapat perkenan raja sebagai perdana menteri pada satu upacara ringkas di Rumah Kerajaan semalam. Pada majlis pelantikan diraja, Prayut melafazkan…

JPJ Nafi Langgar Remaja Semasa Operasi

M Update, 12/6/2019 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menafikan dakwaan anggota penguatkuasanya melanggar seorang penunggang motosikal sehingga mendatangkan kecederaan semasa Operasi Hari Raya Aidilfitri di Kampung Seberang Pintasan, Dungun seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata orang ramai perlu merujuk kepada sumber yang sahih…