Input your search keywords and press Enter.

Keselamatan

Banjir : Hati-Hati Urus Peralatan Elektrik

M Update, 16/12/2019 – Penduduk yang terjejas banjir dinasihatkan sentiasa berwaspada ketika mengendalikan peralatan elektrik. Penduduk perlu memastikan bekalan elektrik ditutup apabila meninggalkan rumah, meletak peralatan elektrik ke tempat tinggi dan jangan menyentuh alat elektrik dengan tangan lembab. Penduduk juga dinasihat tidak menyentuh dawai voltan rendah dan tinggi bagi menggelakkan…

Bayi Maut Jatuh Tersembam Dalam Tong Sampah

M Update, 16/12/2019 – Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut akibat lemas selepas terjatuh dari katil lalu tersembam dalam bakul sampah di rumah pengasuhnya di Taman Pasir Pinji, di sini kelmarin. Bayi itu disedari terjatuh dari katil pada jam 6.15 petang oleh pengasuhnya yang berusia 24 tahun dalam keadaan…

TNB Naik Taraf Pencawang Elektrik Elak Ditenggelami Banjir

M Update, 16/12/2019 – Sebanyak lima belas pencawang elektrik yang berisiko ditenggelami banjir akan dinaik taraf untuk kemudahan serta keselamatan orang ramai. Ia melibatkan pencawang elektrik di bahagian utara Terengganu seperti di Setiu dan Besut yang akan dilaksanakan satu persatu. Selepas banjir besar pada 2014, TNB telah membelanjakan sebanyak RM200,000…

373 Warga China Didakwa Hari Ini

M Update, 13/12/2019 – Seramai 373 warga China yang ditahan pada Operasi Khas Jabatan Imigresen Malaysia, dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memasuki dan berada di negara ini tanpa pas sah. Daripada jumlah berkenaan, seramai 321 mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Tengku…

KPN : Politik Lagakan Pemimpin Boleh Ancam Keselamatan Negara

M Update, 13/12/2019 – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, memberi amaran terhadap segelintir individu yang taasub dan jumud kepada pemimpin politik yang melaga-lagakan pemimpin mereka sehingga berlaku pertengkaran dan pergaduhan, selain menyebarkan berita tidak sahih. Merujuk perkembangan politik negara ketika ini, beliau menegaskan ‘politik jijik dan…

Polis Cari Pemandu Lori Gilis Kanak-Kanak

M Update, 12/12/2019 – Polis meminta orang ramai untuk membantu mengesan pemandu lori yang disyaki terbabit dalam kemalangan langgar lari yang mengakibatkan seorang kanak-kanak lelaki maut akibat digilis di Napoh kelmarin. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung…

Cermin Gelap Tidak Ikut Spefikasi Akan Disaman

M Update, 12/12/2019 – Saman tetap dikenakan terhadap pemilik kenderaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi sekiranya kereta miliknya dipandu individu lain ketika ditahan penguat kuasa. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, tindakan tegas diambil terhadap pemilik kenderaan cermin gelap yang tidak mematuhi spesifikasi sekiranya kenderaan mereka…

Kebakaran : Dua beradik OKU Maut

M Update, 12/12/2019 – Sebaik mengetahui tok (nenek) saudara terperangkap, saya cuba masuk ke dalam rumah melalui dapur dan terdengar jeritan seseorang. “Namun saya gagal menemuinya kerana api marak dan bahang yang panas,” kata Nazri Musa, 24, menceritakan kebakaran pada awal pagi tadi yang meragut nyawa dua nenek saudaranya. Dalam…

Saksi Kemalangan Diminta Tampil Bantu Siasatan

M Update, 12/12/2019 – Saksi kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 23.2 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur, Gombak Ahad lalu diminta tampil untuk membantu siasatan. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan 12.12 tengah malam tadi. Berdasarkan laporan diterima, mangsa, Muhammad Shahril Shaiful Anuar, 24,…