Input your search keywords and press Enter.

Tahniah PPM Rampas Minuman Keras Tanpa Cukai

M Update, 8/1/2019 – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu (1), Kampung Acheh menahan dua lelaki tempatan dan merampas 11,418 tin dan botol minuman keras tanpa cukai bernilai RM132,001.19 dalam tiga serbuan di Taiping, semalam.

Pegawai Pemerintahnya, DSP Jafri Ahmad berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Unit Risikan Marin Perak telah mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang mencurigakan dan menahan kenderaan tersebut pada pukul 7 petang, di Pokok Assam.

Pemandu kenderaan berumur 57 tahun ditahan selepas pemeriksaan menyeluruh di dalam kenderaan menemukan 600 tin minuman keras pelbagai jenama.

Susulan daripada tangkapan pertama serta hasil soal siasat, pihak polis telah dibawa ke rumahnya di Taman Perak, Taiping dan berjaya menemukan sebanyak 10,202 tin minuman keras tanpa cukai.

Hasil soal siasat terhadap suspek juga telah membawa ke sebuah lagi rumah di Pokok Assam yang mana seorang lagi lelaki tempatan berumur 54 tahun ditahan kerana menyimpan 616 tin dan botol minuman keras yang dipercayai dijual untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua lelaki beserta barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh bagi tujuan dokumentasi sebelum diserahkan ke Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping bagi tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Sumber : Bernama

Leave a Reply