Input your search keywords and press Enter.

Bomba Bertindak Pantas

M Update, 16/1/2019 – Sebuah kedai dua tingkat menjual peralatan sukan di Jalan Ibrahim, Sungai Petani musnah dalam kebakaran jam 10.44 malam semalam. Tindakan pantas anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Amanjaya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai bersebelahan. Panggilan kecemasan lalu menghantar jentera dan…

Rabies – Tiada Kes Membabitkan Manusia

M Update, 16/1/2019 – Setakat ini tada kes positif rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Taiping, Perak. Semalam, mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama (LMS), Perak diwartakan sebagai kawasan jangkitan rabies atau anjing gila berikutan empat sampel diambil di kawasan itu mendapati ianya positif wabak…

Malaysia diketuai Saifuddin dalam Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN

M Update, 16/1/2019- KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengetuai delegasi Malaysia ke Thailand bagi menghadiri Sesi Permukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN di Chiang Mai, Thailand, hari ini hingga Jumaat dan seterusnya mengadakan lawatan rasmi ke Bangkok, Thailand pada Sabtu. Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini,…

Sanggup Terjun Laut elak Dicekup

M Update, 16/1/2019 – Gara-gara kegiatan menangkap ikan secara haram dikesan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dikesan di perairan berdekatan Kuala Dulang Kecil, Yan, 3 nelayan sanggup terjun ke laut dipercayai ketakutan ketika melihat bot peronda menghampiri mereka sebelum cuba melarikan diri. Bot nelayan yang dipercayai menggunakan pukat rawa…

Pelantikan Tengku Mahkota Pahang akan dibuat dalam masa terdekat

M Update 16/1/2019 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, memberi bayangan bahawa pelantikan pewaris takhta baginda akan dilakukan mengikut tradisi. Baginda bertitah, perkara itu bagaimanapun memerlukan kepada perbincangan antara ahli keluarga dan kerabat diraja baginda terlebih dahulu. “Waris ganti akan saya…

Video samun tular bukan di Malaysia

M Update 16/1/2019 – SATU rakaman video yang menunjukkan pelanggan di sebuah restoran disamun oleh sekumpulan penjenayah tular di media sosial, semalam. Pemeriksaan Harian Metro mendapati kejadian itu sebenarnya berlaku di Bandar Cartegena di Sepanyol, bukan di Malaysia seperti didakwa. Menurut akhbar harian yang berpangkalan di Murcia, La Verdad, kejadian…

UiTM Masih Relevan

M Update 15/1/2019 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan kekal sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) khusus bagi orang Melayu dan Bumiputera, tegas Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said. Beliau berkata, dasar dan matlamat asal penubuhan UiTM masih relevan dengan keadaan semasa, malah ia terbukti berjaya mengimbangi kedudukan Bumiputera…

Rabies – Jangan Ingkar Amaran!

M Update, 15/1/2019 – Kerajaan Perak meminta semua pemilik anjing di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) mematuhi arahan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengelak penyebaran jangkitan anjing gila atau rabies. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, adalah penting untuk semua…