Input your search keywords and press Enter.

Tag

Dr Mahathir Mohamad

PM : Undang-Undang Drakonian Akan Dipinda Secepat Mungkin

M Update, 6/11/2019 – Kerajaan akan meminda undang-undang bersifat drakonian atau zalim termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) secepat mungkin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata pindaan undang-undang yang terlibat akan dibentang di Parlimen secepat mungkin sama ada pada sesi kali ini atau sesi akan…

PM : Harap Calon SPM, STPM Tenang Jawab Soalan

M Update, 5/11/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati semua calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadapi cabaran peperiksaan itu dengan tenang. Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun media sosial rasminya, Perdana Menteri turut mendoakan semua calon lulus dengan keputusan yang…

Dr Mahathir : Kerajaan Cari Penyelesaian Terbaik Kewangan PLUS

M Update, 4/11/2019 – Kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata pilihan terbaik buat masa ini adalah untuk syarikat dana pelaburan negara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), yang merupakan pemegang saham utama dalam PLUS,…

Dr Mahathir Ketuai Delegasi Ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35

M Update, 1/11/2019 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di sini, mempunyai jadual yang padat dengan mesyuarat berturut-turut bermula Sabtu, 2 Nov. Beliau dijadualkan menghadiri sekurang-kurangnya lapan mesyuarat sidang kemuncak dengan para pemimpin dari perkumpulan berkenaan dan dari rantau…

Dr M : Malaysia Setuju Teruskan Projek RTS

M Update, 1/11/2019 – Malaysia akan meneruskan pelaksanaan Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Johor Bahru dan Singapura dengan penjimatan sebanyak RM1.77 billion, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, kos baharu projek itu adalah RM3.16 bilion berbanding kos asal RM4.93 bilion yang ditetapkan kerajaan terdahulu. “Kita akan…

PM : Mahasiswa Jangan Jadi Kader, Tunggangan Kelompok Berkepentingan

M Update, 31/10/2019 – Mahasiswa hendaklah meletakkan nilai integriti sebaris dengan nilai rasional supaya apa juga tindakan diambil atas prinsip kebebasan, masih di bawah nilai kesopanan, kesusilaan dan norma kebudayaan masyarakat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri berkata, setiap perkara yang diputuskan hendaklah jauh dari desakan emosi membuta tuli…

Dr Mahathir Optimis Pemulihan Negara

M Update, 30/10/2019 – Kerajaan baharu sudah bekerja lebih masa meningkatkan usaha untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan melaksanakan pembaharuan penting untuk meningkatkan kestabilan, pengukuhan pengurusan fiskal dan meningkatkan ketelusan tadbir urus korporat. Bagaimanapun, katanya, kerajaan terus dibebani hutang besar yang…

Dr Mahathir Tiba Di Baku Untuk Sidang Kemuncak NAM Ke-18

M Update, 25/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di ibu negara Azerbaijan, malam tadi, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-18. Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Aliyev pada jam 7.15 malam waktu tempatan (empat jam lewat waktu Malaysia). Ketibaan Dr Mahathir…

Dr Mahathir Sertai Sidang Kemuncak NAM

M Update, 24/10/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka berkongsi pandangan mengenai kepentingan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) berdiri teguh dalam bekerjasama menangani cabaran dunia globalisasi apabila menyertai pemimpin-pemimpin dunia pada Sidang Kemuncak NAM ke-18. Perdana Menteri juga dijangka menegaskan pentingnya pergerakan itu berpegang kepada dasar berkecuali serta menghormati prinsip asas…

PM : Skim Pencen Baharu Tidak Bebankan Kerajaan, Tidak Rugi Pekerja

M Update, 22/10/2019 – Mekanisme baharu skim pencen akan mengelakkan bebanan kepada kewangan kerajaan tetapi pada masa sama tidak merugikan penjawat awam selepas menamatkan perkhidmatan. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memberi jaminan skim baharu itu tidak akan membabitkan kakitangan sedia ada yang akan terus menerima faedah pencen seperti…