Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Dua Beradik Termasuk Bayi 7 Bulan Maut Sesak Nafas

M Update, 21/04/2022 – Dua beradik termasuk bayi tujuh bulan maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, di sini, hari ini. Pada kejadian 5 pagi itu, mangsa, Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 4, dan adik perempuannya, Nor Fahmia berusia tujuh bulan maut dipercayai sesak nafas. Difahamkan,…

Maut Terjatuh Ketika Mahu Bergambar Di Blue Lagoon

M Update, 13/04/2022 – Hasrat seorang wanita merakam gambar berlatarbelakangkan pemandangan indah di Tasik Biru Kangkar Pulai atau Blue Lagoon mengundang padah apabila mangsa maut selepas terjatuh dari tebing tasik pada ketinggian 23 meter. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar, berkata pihaknya menerima…

Banjir Kelantan: Ragut Dua Nyawa

M Update, 28/02/2022 – Banjir di penghujung musim tengkujuh di negeri ini, sudah meragut dua nyawa selepas seorang remaja menjadi korban bencana itu malam tadi. Mayat Muhammad Fazly Kamri, 13, yang dihanyutkan arus ketika menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Talang Kadok, ditemui jam 10 malam tadi oleh…

Lebih 1600 Hilang Tempat Tinggal, 179 Rumah Atas Air Terbakar Di Kudat

M Update, 17/02/2022 – Lebih 1,600 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 179 rumah atas air di Kampung Landung Ayang, Kudat musnah dalam kebakaran, semalam. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 4.26 petang itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan  seramai…

Jasad Keenam Mangsa Kepala Air Yan Ditemui

M Update, 23/08/2021 – Jasad mangsa tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai yang dikenal pasti sebagai Ridwan Poniman, 61, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Unit Storm dan Must Team Bomba, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, jasad mangsa…

Ngeri! Ular Tedung Masuk Baju Budak

M Update, 24/06/2021 – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun, terpaksa mengharungi detik cemas hampir setengah jam apabila seekor ular tedung memasuki baju dipakainya, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah hari. Beliau berkata, sebuah jentera bersama tiga…

Mayat Ami Azzizol Ditemui Pagi Ini

M Update, 30/03/2021 – Lelaki yang hilang ketika berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir, di sini, Sabtu lalu, ditemukan lemas, pada 7.10 pagi, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Said berkata, mayat Ami Azzizol Abu Bakri, 21, ditemui terapung di permukaan air, pada jarak…

Rumah Terbakar Sejam Sebelum Majlis Pertunangan Berlangsung

M Update, 29/03/2021 – Sebuah rumah musnah terbakar sejam sebelum majlis pertunangan berlangsung di kediaman terbabit di Kampung Parit Mustaffa Darat, Parit Sulong, dekat sini, hari ini. Saksi kejadian, Izzat Syafaat Ismail, 29, berkata, kejadian berlaku jam 1.20 petang manakala majlis berkenaan dijangka berlangsung pada jam 2.30 petang. “Kebetulan saya…

Kren Jatuh : Mayat Ketiga Berjaya Dikeluarkan

M Update, 24/03/2021 – Operasi mengeluarkan mayat seorang pekerja asing yang tersepit di bawah komponen kren gantri di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras di sini, selesai awal pagi tadi. Selepas lebih 43 jam bertungkus lumus, pasukan penyelamat akhirnya berjaya mengeluarkan mayat…

Kren Jatuh : Pasukan Menyelamat Belum Mengeluarkan Mangsa

M Update, 22/03/2021 – Kerja membawa keluar seorang mangsa yang maut tersepit di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Jalan Alam Damai, di sini diteruskan walaupun keadaan sukar. Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Ir Zailee Dollah, berkata ketika ini pasukannya masih mengenal pasti prosedur yang…