Input your search keywords and press Enter.

Tag

Jabatan Perdana Menteri

Politik Negara Stabil, Lebih Banyak Pelaburan Luar Akan Masuk Ke Malaysia – PM

M Update, 21/03/2022 – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara. Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail Sabri berkata buat julung kalinya pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama untuk berbincang isu berkaitan negara.   Beliau berkata berikutan memorandum persefahaman…

PDRM Kesan Wanita Sebar Berita Palsu Vaksin, Gagal Hadir Ke Mahkamah

M Update, 18/03/2022 – Polis sedang mengesan seorang wanita yang dikenali sebagai Liyana Razali kerana gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan susulan mengeluarkan kenyataan tidak benar berkaitan vaksin COVID-19 pada September tahun lepas. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek yang beralamat terakhir di Taman Sri Andalas, Klang,…

Malaysia Kutuk Serangan Dron Houthi Di Arab Saudi

M Update, 18/03/2022 – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron oleh Houthi yang menyasarkan kawasan dan kemudahan awam, termasuk ke atas lapangan terbang dan kilang penapisan minyak di Arab Saudi, baru-baru ini. Kementerian Luar dalam satu kenyataan, pada Khamis menyatakan Malaysia bersimpati dengan mereka yang terjejas dalam serangan yang mengakibatkan kecederaan dan kemusnahan harta…

Gaji Minimum RM1,500 Bakal Dilaksanakan Sebulan Atau Dua Bulan Lagi – Datuk Seri M Saravanan

M Update, 17/03/2022 – Gaji minimum RM1,500 mungkin dilaksanakan dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan. Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Pelaksanaan gaji minimum…

“Kita Ikhtiar & Tawakal Kepada Allah” – Khairy Jamaluddin

M Update, 17/03/2022 – Warga emas yang tiada vaksinasi atau belum mendapatkan dos penggalak didapati berisiko tinggi untuk meninggal dunia selepas dijangkiti COVID-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata data menunjukkan iaitu individu berusia 60 tahun ke atas yang tidak mendapatkan pelalian atau mengambil dos penggalak adalah kumpulan paling tinggi meninggal…

Skuad Musa’adah Ke Terengganu, Kelantan Edar Bantuan Mangsa Banjir

M Update, 04/03/2022 – Kira-kira 40 sukarelawan Skuad Musa’adah Keluarga Malaysia akan mengedar barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai menerusi peruntukan khas RM3.77 juta kepada lebih 20,000 mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. “Kita harap bantuan ini dapat kurangkan beban yang ditanggung mereka yang sedang menghadapi ujian dari Allah,” kata…

Lawatan Pertama PM Ke Kemboja, Thailand

M Update, 23/02/2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan rasmi sulung beliau ke Kemboja dan Thailand bermula hari ini hingga 26 Februari hadapan. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, lawatan-lawatan tersebut adalah untuk memenuhi jemputan daripada rakan sejawatnya di Komboja serta Thailand iaitu Samdech…

PM Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Brunei

M Update, 14/02/2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Brunei selama dua hari bermula hari ini dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Kedua-dua pemimpin itu akan mengambil peluang menilai kemajuan kerjasama sedang berjalan, selain mengukuhkan hubungan serta kerjasama…

Senator Idris Ahmad Kini Bergelar Datuk

M Update, 09/02/2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah 2022. Pengurniaan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Perkongsian mengenainya telah dimuat naik oleh Parti Pas…

Buka Semula Sempadan Negara Bergantung Penilaian KKM

M Update, 07/10/2021 – Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian risiko semasa jangkitan COVID-19 dalam negara sebelum sempadan antarabangsa dibuka semula. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM juga akan mengambil kira maklumat situasi COVID-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan kemasukan pengembara dari negara berkenaan. Selain itu,…