Input your search keywords and press Enter.

Lawatan PM Ke Sabah Dijangka Selesaikan Masalah Air

Foto: Jabatan Penerangan Sabah

M Update, 31/05/2023 – Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim tiba di Sabah hari ini untuk lawatan kerja rasmi sehari sempena sambutan Pesta Kaamatan.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.20 pagi Rabu.

Beliau dijangka menghadiri Perasmian Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah, Program Ramah Mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5 Briged di Kem Lok Kawi, Program Semarak Perpaduan Rakyat Bersempena Sesi Ramah Mesra bersama Paparian di Papar sebelum ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk Program Temu Anwar.

Lawatan Anwar ke Sabah hari ini turut dijangka membawa berita mengenai penyelesaian masalah air yang dihadapi rakyat negeri ini.

Ia berdasarkan ucapannya pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di ibu negara pada awal bulan ini, yang mana Anwar berkata, akan ke Sabah dalam masa dua minggu berhubung masalah berkenaan.