Input your search keywords and press Enter.

Tag

Kementerian Dalam Negeri

Punca Kematian Arwah Adib Bakal Terjawab

M Update, 15/12/2020 – Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. “Kedudukan sama ada (wujud) penyebab sehingga berlaku…

Kerajaan Peruntuk Tempoh Setahun, Selesai Isu Tiada Kad Pengenalan

M Update, 15/12/2020 – Kerajaan memperuntukkan tempoh setahun kepada individu yang tidak memiliki kad pengenalan untuk mengemukakan dokumen sah bagi membolehkan mereka mendapatkan kewarganegaraan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata isu itu telah berlanjutan untuk tempoh yang begitu lama sehingga mengundang pelbagai masalah termasuk dipolitikkan sesetengah pihak sebagai isu perkauman. Tegasnya, adalah tidak logik bagi individu yang berusia lebih 63 tahun…

Seekor Kucing Mati Tersepit Di Pintu ‘Roller Shutter’

M Update, 14/12/2020 – Seekor kucing ditemui mati tersepit di pintu ‘roller shutter’ sebuah bank dalam keadaan yang sangat tragik dipercayai akibat angkara khianat di Taman Tampoi Utama, Tampoi di sini, awal pagi tadi. Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah malam semasa penutupan bidai besi…

IPD Belaga Musnah Terbakar

M Update, 14/12/2020 – Bangunan dua tingkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga, di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan pejabat pentadbiran musnah 100 peratus dan tiada kematian dilaporkan.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khirudin Drahman ketika dihubungi…

Datuk Arjunaidi, Ketua Polis Selangor Baharu Berkuat Kuasa Hari Ini

M Update, 14/12/2020 – Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini. Beliau mengambil alih tugas berkenaan daripada Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin yang akan bersara wajib esok. Majlis serah terima tugas antara Noor Azam dengan Arjunaidi dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di…

TDM Usir 12 PATI Di Sempadan Malaysia-Indonesia

M Update, 14/12/2020 – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengusir 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam empat kejadian berasingan di sempadan Malaysia-Indonesia, di sini, semalam. Jurucakap Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, kejadian pertama, berlaku jam 1.25 tengah hari, apabila sepasukan anggota yang sedang melaksanakan rondaan keselamatan…

Kes Rasuah : Timbalan Ketua Pengarah Jabatan & 5 Individu Di Reman

M Update, 11/12/2020 – Lima individu termasuk seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar ‘Datuk’ dan Setiausaha Bahagian sebuah jabatan kerajaan direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan skandal rasuah minyak gred berat di perairan negara. Turut direman adalah tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’. Majistret Shah Wira Abdul Halim…

10 Kementerian Peroleh Pencapaian Tahap Tertinggi AKKP 2019 – JPM

M Update, 10/12/2020 – Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2019. Kementerian tersebut adalah Jabatan Perdana Menteri (JPM); Kementerian Wilayah Persekutuan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Kewangan;…

MKN, NADMA & APM ‘Hero’ Dalam Tangani Pandemik COVID-19

M Update, 10/12/2020 – Pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada seluruh kehidupan manusia kerana sejenis wabak penyakit yang menular bukan sahaja di negara ini malah menjangkiti seluruh dunia. Bagi menangani krisis kesihatan yang belum pernah berlaku itu, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bukan sahaja memastikan rantaian jangkitan dapat diputuskan, malah kelangsungan…