M Update, 28/6/2019 – Golongan Bumiputera perlu mengikis kebergantungan kepada bantuan dan dana kerajaan, selain sikap mengkhianati dana serta kepercayaan yang diamanahkan kepada mereka. Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Dr Mohd Azraai Kassim, berkata banyak peluang yang diberi kerajaan kepada masyarakat Melayu disia-siakan, dan akhirnya direbut bangsa lain…
M-update 24 Jun 2019 : Baru-baru ini Moody’s telah menurunkan penarafan syarikat petroleum negara PETRONAS daripada A1 ke A2 namun kerajaan yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan perkembangan perniagaan syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selain itu, Moody’s Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata…
M Update, 18/06/2019 – Pejabat pentadbiran pusat bandaraya ini mula dibuka semula hari ini selepas dikepung penunjuk perasaan susulan bantahan bersejarah kelmarin yang menggesa pemimpinnya, Carrie Lam meletak jawatan berhubung rang undang-undang ekstradisi ke China. Kerajaan mengumumkan, laluan berhampiran Pejabat Kerajaan Pusat (CGO), tidak jauh dari pejabat Lam, secara umumnya…
M Update, 17/06/2019 – Kerajaan Hong Kong mengisytiharkan pejabat pentadbiran pusat ditutup sepanjang hari ini ketika bandaraya itu berdepan mogok pekerja selepas perhimpunan bantahan besar-besaran semalam menentang rang undang-undang ekstradisi kontroversi. Satu notis rasmi dikeluarkan pagi ini bertulis: “Oleh kerana jalan masuk di sekitar Pejabat Kerajaan Pusat (GCO) disekat, GCO…
M Update, 12/06/2019 – Polis Indonesia hari ini menyiarkan rakaman video testimoni tiga suspek mendakwa menerima bayaran berupa wang tunai dan percutian keluarga dari seorang tentera bersara yang menyokong parti pembangkang untuk membunuh beberapa pegawai kanan kerajaan. Bulan lalu, polis menahan enam individu disyaki merancang pembunuhan empat pegawai keselamatan dan…
M Update, 02/05/2019 – Perdana Menteri Britain, Theresa May memecat setiausaha pertahanannya, Gavin Williamson, semalam, selepas siasatan mencadangkan beliau bertanggungjawab membocorkan perbincangan mengenai syarikat telekomunikasi China Huawei daripada Majlis Keselamatan Nasional (NSC). “Siasatan terhadap kebocoran maklumat ini mencadangkan bukti kukuh kamu bertanggungjawab. Tiada versi lain yang lebih kuat untuk menjelaskan…
M Update, 19/04/2019 – Perdana Menteri Mali, Soumeylou Boubeye Maiga dan seluruh kerajaan meletak jawatan semalam, empat minggu selepas pembunuhan beramai-ramai membabitkan 160 penternak puak Fulani oleh kumpulan pelampau etnik mengejutkan negara itu. “Presiden menerima peletakan jawatan perdana menteri dan seluruh anggota kerajaan,” menurut satu kenyataan dari pejabat Presiden Ibrahim…
M Update, 10/04/2019 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pencabarnya, Benny Gantz, masing-masing mendakwa menang pada pilihan raya wilayah itu semalam, dengan beberapa kiraan awal memberikan pemimpin berhaluan kanan veteran itu kelebihan untuk membentuk kerajaan campuran. Beliau berhadapan kemungkinan pendakwaan dalam tiga kes rasuah. Netanyahu menafikan sebarang salah laku.…