Input your search keywords and press Enter.

Tun M – Penilaian Moody’s tidak jejaskan PETRONAS

M-update 24 Jun 2019 : Baru-baru ini Moody’s telah menurunkan penarafan syarikat petroleum negara PETRONAS daripada A1 ke A2 namun kerajaan yakin tindakan itu tidak akan menjejaskan perkembangan perniagaan syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selain itu, Moody’s Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar PETRONAS kepada A2 daripada A1 serta mengubah unjuran kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’.

Disamping itu, agensi penarafan itu juga menyatakan metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, namun diberikan penarafan yang lebih disebabkan semakan semula metodologi silang sektor.

Moody’s menyiarkan metodologi rentas sektor yang dikemas kini bertajuk ‘Menilai Impak Kualiti Kredit Kerajaan pada Penilaian Lain’, pada 20 Jun.

Tun Mahathir menyatakan penilaian yang dilakukan oleh agensi penarafan itu tidak semestinya tepat kerana agensi itu juga boleh melakukan kesilapan.

Leave a Reply