Input your search keywords and press Enter.

Kem Pelarian Syria Dilanda Ribut Salji

Kebanyakan kem terpaksa berdepan dengan ribut dan tiada saluran air yang sistematik

M Update, 17/1/2019 – Pelarian Syria di Lubnan sedang bergelut dengan suasana kelam kabut apabila kem mereka dilanda banjir dan beratus-ratus kem sementara musnah disebabkan ribut salji. Ribut Norma minggu lalu membawa hujan lebat dan hujan salji yang berterusan menjejaskan lebih 22,000 pelarian, menurut kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Runtuhan khemah yang ditinggalkan selepas berlaku Ribut Norma di kem di Bar Elias

Lebih 570 khemah di penempatan pelarian runtuh dan basah akibat banjir menyebabkan keluarga pelarian yang tinggal di khemah itu kehilangan tilam, selimut, barangan makanan dan pakaian. Kem-kem yang kekurangan kemudahan itu berdepan dengan masalah resapan air dari kumbahan yang melimpah dan masuk ke dalam khemah-khemah, menimbulkan kebimbangan risiko penyakit.

Ribut Miriam yang melanda sejak Ahad dijangka berterusan sehingga 17 Januari 2019

Lubnan adalah rumah kepada lebih dari satu juta pelarian Syria, kebanyakannya tinggal di penempatan sementara yang mana khemah dibina dari kanvas dan disokong pacakan kayu biasa. Khemah-khemah yang tidak dilindungi berhadapan dengan suasana yang sangat sejuk.

Sumber: Al-Jazeera

“Kami cuba untuk selamatkan barang-barang seperti tilam dan pakaian tetapi
semuanya basah sehingga kami ambil keputusan tinggalkan saja dan berpindah
ke khemah lain” kata seorang pelarian.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 40,000 kanak-kanak
berisiko dengan cuaca sejuk melampau di Lubnan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *