Input your search keywords and press Enter.

Intai Dan Hendap Dikategorikan Sebagai Jenayah

M Update, 25/1/2019 – Selalu kita dengan “STALK”. Maksudnya engintai atau mengendap, nampak macam simple je kan tapi ketahuilah bahawa perbuatan ‘mengintai’ atau ‘mengendap’ walaupun hanya di media sosial, wajar diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah kerana boleh mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada sesorang.

Hal ini boleh menyebabkan seseorang mangsa mengalami gangguan emosi dan mengganggu rutin kehidupan mereka, di samping boleh menjejaskan aktiviti harian termasuk pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga

Kerajaan akan melihat perkara itu dengan lebih serius termasuk mewujudkan undang-undang baharu bagi menangani gejala berkenaan, selepas mendapat maklum balas pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan dan orang awam.

Nampak remeh tapi bermula dengan intai dan hendap ia boleh merebak kepada mengekori dan seterusnya menimbulkan rasa takut dan terancam kepada seseorang.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply