Input your search keywords and press Enter.

LRT Laluan Kelana Jaya-KLCC Tergendala

M Update, 18/2/2019 – Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) mengalami kelewatan perjalanan pagi ini, susulan masalah teknikal membabitkan sistem isyarat perkhidmatan menyebabkan perjalanan ribuan warga kota tergendala.

Pasukan jurutera dan teknikal kini berada di lokasi kejadian berusaha sepantas mungkin untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pengguna yang tidak mahu menyambung perjalanan menggunakan laluan LRT terbabit boleh ke kaunter khidmat pelanggan untuk mendapatkan bayaran balik tambang perjalanan.

Bas telah disediakan di stesen terbabit untuk memberi alternatif kepada pengguna.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply