Input your search keywords and press Enter.

Mesyuarat tergempar OIC bincang serangan di Christchurch

M Update, 22/3/21019 – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini akan menghadiri Mesyuarat Tergempar Open-Ended Executive Committee Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) peringkat Menteri-Menteri Luar di Istanbul, Turki, yang antara lain akan membincangkan serangan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Wisma Putra memaklumkan, Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia berhubung insiden keganasan itu yang mengorbankan 50 nyawa. Kenyataan Akhir akan dikeluarkan pada penghujung sesi berkenaan sebagai dokumen hasil mesyuarat.

Pembabitan Malaysia dalam mesyuarat ini membuktikan sokongan yang diberikan Malaysia kepada OIC dalam memperjuangkan nasib umat Islam. Ia juga menzahirkan sokongan dan keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap mangsa serangan dan keluarga serta rakyat New Zealand,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Insiden serangan di dua masjid di Christchurch Jumaat lalu mengorbankan 50 individu termasuk warga Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, serta mencederakan puluhan yang lain termasuk tiga rakyat Malaysia.

Sumber : HM Online

Leave a Reply