Input your search keywords and press Enter.

Bazar Ramadan – Jangan Membeli Ikut Nafsu

M Update, 13/03/2024 – Rambang mata, tak tahu nak beli yang mana satu, akhirnya beli kesemuanya. Itu lah situasi yang sering berlaku setiap kali mengunjungi Bazar Ramadan. Boleh dikatakan setiap individu mempunyai perasaan dan tabiat membeli yang sama.

Corak membeli juadah mengikut hawa nafsu hanya meningkatkan kadar pembaziran makanan setiap hari. Kajian menunjukkan pembaziran makanan meningkat sehingga 20% setiap kali bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain – Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader.

Melihat kepada amalan membazir yang semakin membimbangkan ini, rakyat dinasihatkan agar sentiasa berjimat cermat dan teliti dua hingga tiga kali sebelum meninjau harga serta membeli makanan di pasaran.

Ia kerana kecenderungan untuk membuangnya ke dalam tong sampah selepas berbuka puasa atau moreh adalah tinggi dan orang ramai mungkin mahu mencuba juadah lain pula pada hari seterusnya.

Orang ramai diingatkan supaya berbalik kepada tujuan asal berpuasa itu sendiri iaitu bersyukur dan melatih diri untuk menahan lapar sepertimana yang dialami oleh golongan miskin serta terpinggir.