Input your search keywords and press Enter.

Maszlee : ‘Laluan Khas’ Untuk Pelajar Golongan Miskin

M Update, 1/4/2019 – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sudah mengarahkan pegawai kementeriannya untuk menghubungi Abdul Manaf Abdul Aziz, 18, yang dilaporkan mengalami kesempitan hidup untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti. Menurut Maszlee, arahan itu dikeluarkan memandangkan pihaknya sememangnya menyediakan ‘laluan’ khas kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Terdahulu, BH melaporkan Abdul Manaf adalah antara pelajar cemerlang SPM dari Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) Pekan apabila memperoleh 10A dan sedang menunggu keputusan permohonan biasiswa daripada beberapa agensi kerajaan dan swasta.

“Saya bergantung sepenuhnya kepada permohonan biasiswa untuk menyambung pengajian, …kalau lulus bolehlah sambung belajar,” katanya.

Abdul Manaf dipetik sebagai berkata, impiannya untuk menjadi doktor walaupun mengetahui peluang untuk melangkah ke menara gading masih samar kerana kesempitan hidup.

Maszlee juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Abdul Manaf atas pencapaian cemerlang dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) melalui twitternya semalam. – BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *