Input your search keywords and press Enter.

Rakam Gambar Mengundang Tragedi

M Update, 2/4/2019 – Bersiar-siar menaiki bot hanya untuk merakam gambar bertukar tragedi apabila dua lelaki dikhuatiri lemas setelah bot mereka terbalik di Sungai Pahang dekat Pulau Awang Mandur, Pekan petang semalam.

Nasib mereka berdua amat baik apabila berjaya diselamatkan penduduk kampung yang kebetulan sedang memancing di kawasan berhampiran.

Mangsa yang selamat memaklumkan mereka menaiki bot gentian kaca berkenaan bagi mengambil gambar sekitar pulau itu berikutan sedang menjalankan aktiviti mengepam pasir.

Ketika bot bergerak keadaan tidak seimbang disebabkan dua daripada mereka sedang berdiri mengambil gambar sebelum bot itu terbalik.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah digerakkan pihak berkuasa termasuk menggunakan dua bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang serta lapan bot awam.

Bot gentian kaca dinaiki mangsa ditemui pada 7 malam dan operasi terpaksa dihentikan pada 7.30 malam kerana faktor cuaca gelap.

Operasi akan disambung pada 8 pagi hari ini dengan bantuan unit skuba marin dan unit skuba Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi melakukan pencarian di sekitar lokasi kejadian.

Leave a Reply