Input your search keywords and press Enter.

Saya Tidak Takut Mati – Pele

M Update – 04/04/2019 – Legenda bola sepak Pele dikejarkan ke hospital semalam sebagai langkah berjaga-jaga selepas dia mengalami jangkitan saluran kencing tetapi dalam keadaan baik, kata pengiringnya.

Pele, 78, juara dunia tiga kali bersama Brazil diberi antibiotik sebelum penerbangan kembali ke negaranya dan jangkitan berkenaan di bawah kawalan. Pele dijangka keluar dari hospital dalam sehari dua ini.

Pele, yang memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962 dan 1970, berada di Paris dalam satu acara penaja bersama bintang Perancis Kylian Mbappe.

Tahap kesihatan Pele yang semakin merosot menimbulkan kerisauan sejak akhir-akhir ini, dan pertemuan dengan Mbappe itu sudah ditunda dari November lalu.

Sebelum ini Pele mengakui tidak mampu menerima tugas menyalakan obor pada acara pembukaan Olimpik Rio 2016.

Dia sebelum itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di Brazil pada tahun 2014 kerana masalah buah pinggang.

“Saya tidak takut mati kerana saya seorang lelaki yang mempunyai tiga hati,” kata Pele merujuk kepada tempat kelahirannya Tres Coracoes yang bermaksud Tiga Hati. – AFP

Leave a Reply