Input your search keywords and press Enter.

Nenek Bersubahat Buang Bayi

M Update, 24/4/2019 – Wanita warga emas ditahan selepas didapati bersubahat bersama anak perempuannya membuang bayi di Masjid Lama Ara Kuda di Tasek Gelugor, semalam.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, bayi perempuan ditemui berbalut kain batik ditinggalkan dalam kotak di belakang Masjid Lama Ara Kuda. Bayi itu ditemui lelaki berusia 59 tahun yang kemudian menghubungi polis.

Menurut sumber, wanita berusia 63 tahun itu ditahan di Kulim, Kedah 12.30 tengah malam tadi, manakala anak perempuannya berusia 28 tahun masih menerima rawatan di hospital. Sumber berkata, perbuatan mereka dikesan selepas anak kepada wanita warga itu yang juga janda beranak satu mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana uri masih melekat dalam perut, kira-kira 3 petang, semalam. Doktor yang merawat mangsa di klinik itu merujuk kes berkenaan ke hospital kerajaan dan kita berjaya mengesan wanita terbabit.

Ibu wanita terbabit yang melihat kes buang bayi yang dilakukan anaknya tular di media sosial dan mendapat liputan meluas media akhirnya menyerah diri di Balai Polis Kulim Hi-Tech,” katanya. Siasatan awal mendapati dua beranak itu pada mulanya mahu meletakkan bayi terbabit di pusat jagaan, namun mereka bertukar fikiran dan meninggalkannya di belakang masjid.

Pemeriksaan mendapati bayi itu dilahirkan 3.30 pagi, semalam dan kita masih belum menahan ibunya kerana dia sedang dirawat di hospital. Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan menahan ibu bayi itu dalam masa terdekat,” katanya. – HM Online


Leave a Reply