Input your search keywords and press Enter.

272 Kakitangan Pilihan Raya Indonesia Maut Kira Undi

M Update, 29/04/2019 – Lebih 270 orang kakitangan pilihan raya Indonesia maut, 10 hari selepas pilihan raya sehari terbesar di dunia kebanyakannya akibat penyakit dikaitkan dengan keletihan, selepas bekerja untuk masa yang amat panjang mengira jutaan undi secara manual, kata seorang pegawai, hari ini.

Pilihan raya 17 April lalu adalah kali pertama negara 260 juta penduduk itu menggabungkan pengundian presiden dengan pilihan raya perundangan nasional dan wilayah untuk mengurangkan kos.

Mujur sesi pengundian berjalan lancar dan menyaksikan kira-kira 80 peratus daripada 193 juta pengundi layak membuang undi.

Difahamkan, setiap pengundi perlu menanda lima kertas undi di lebih 800,000 pusat membuang undi.

Tugas mengira undi di negara itu amat mencabar dan terbukti boleh membawa maut kepada kakitangan suruhanjaya pilihan raya kerana mereka perlu mengira secara manual dengan menggunakan tangan.

Setakat malam semalam, 272 kakitangan pilihan raya meninggal dunia kebanyakannya kerana penyakit yang dikaitkan dengan gejala terlebih bekerja, sementara 1,878 jatuh sakit, kata jurucakap Suruhanjaya Pilihan raya Umum (KPU), Arief Priyo Susanto.

Kementerian Kesihatan sudah mengeluarkan pekeliling pada 23 April lalu menggesa kemudahan kesihatan memberikan penjagaan terbaik kepada kakitangan pilihan raya, sementara Kementerian Kewangan sedang mengusahakan pampasan kepada keluarga kakitangan yang meninggal dunia, kata Susanto. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *