Input your search keywords and press Enter.

Iran jalin kerjasama dengan Malaysia, Hamas elak sekatan AS

MK Dani Yatom speeks to the press during a press conference at his Office at the Knesset,Israeli Parliament, in Jerusalem on June 30. 2008. MK and ex-Mossad chief Danny Yatom annoced toaday that he was retiring from the Knesset and politic. Photo by Olivier Fitoussi /FLASH90 *** Local Caption *** ãðé éúåí ôåøèøè ãéå÷ï

M Update, 03/05/2019 – Bekas ketua agensi perisikan Mossad, Danny Yatom, menegaskan Amerika Syarikat yang sepatutnya mengetuai usaha menangani usaha Iran menghindari sekatan yang dikenakan ke atasnya melalui Malaysia.

Akhbar Jurusalem Post melaporkan, Yatom berkata Israel boleh menggunakan semua hubungannya yang jelas atau rahsia termasuk Mossad dan Kementerian Luar untuk membantu mengumpulkan risikan untuk diberikan kepada AS.

Bagaimanapun, kuasa antarabangsa seperti AS perlu mengetuai usaha memerangi fenomena itu.

Dengan 2 Mei sebagai tarikh akhir diumumkan AS untuk tidak lagi memberikan sebarang pengecualian daripada sekatan ke atas Iran susulan program nuklearnya, ada peningkatan maklumat mengenai usaha republik itu untuk menghindari sekatan.

“Tidak seperti di Syria, Iraq dan Iran sendiri, yang menyaksikan Mossad secara terbuka mengaku sudah memasuki negara berkenaan, Israel tidak boleh berbuat demikian di negara seperti Malaysia seperti yang boleh dilakukan AS,” katanya.

Menyentuh mengenai hubungan Iran-Malaysia, pada November 2018, media Britain melaporkan ahli perniagaan Alexander George dijatuhi hukuman penjara dua tahun setengah kerana menyeludup perkakasan tentera termasuk MiG buatan Russia dan F4 Phantom dari AS ke Iran menerusi syarikat dimilikinya di Malaysia.

Minggu lalu, akhbar Haaretz melaporkan sumber perisikan Barat menyatakan Iran dan Malaysia membentuk pakatan yang membolehkan Tehran mengelakkan sekatan ekonomi.

Akhbar itu melaporkan, dengan Iran dan Hamas kerap bekerjasama, ada juga kemungkinan wujud kaitan antara Iran, Malaysia dan Hamas.

Sementara itu, menurut laporan asing, Mossad juga bergerak aktif di Malaysia, termasuk membunuh jurutera elektronik Hamas, Dr Fadi Muhammad al-Batsh pada April 2018.

Bagaimanapun, Yatom menegaskan tuduhan bahawa Mossad melakukan pembunuhan itu cuma spekulasi dan mendakwa al-Batsh mempunyai ramai musuh.

Leave a Reply