Input your search keywords and press Enter.

Polis Jerman Serbu Pejabat Pertubuhan Islam Disyaki Bantu Hamas

M Update, 11/04/2019 – Polis Jerman semalam menyerbu pejabat milik pertubuhan Islam disyaki membantu membiayai kumpulan Islam Palestin, Hamas, yang disenarai hitam Kesatuan Eropah (EU), kata Kementerian Dalam Negerinya.

Kementerian berkata, sasaran utama serbuan itu ialah WorldWide Resistance-Help dan Ansaar International, dipercayai mengumpul dana untuk Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza, menggunakan alasan bantuan kemanusiaan.

Pertubuhan itu berkata di laman web, mereka mengumpul dana untuk penduduk di Gaza, Somalia, Syria dan negara lain.

“Sesiapa sahaja yang menyokong Hamas menggunakan alasan bantuan kemanusiaan mengabaikan nilai asas perlembagaan dan menjejaskan komitmen banyak pertubuhan lain,” kata Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer dalam satu kenyataan.

Kementerian berkata, dua pertubuhan itu juga menyokong Hamas menerusi kempen propaganda.

Lebih dua juta penduduk Palestin hidup terkepung dalam wilayah sempit tepi laut yang dikenakan sekatan darat dan laut oleh tentera Zionis. Mesir juga mengehadkan pergerakan keluar masuk Gaza di sempadannya. -Reuters

Leave a Reply