Input your search keywords and press Enter.

Duta Perancis : EU dan Perancis bukan musuh minyak sawit.

Kesautan Eropah (EU) dan Perancis menyatakan bahawa mereka bukan musuh minyak sawit dan kedua-dua pasaran itu akan terus terbuka untuk pasaran menerima tanaman tersebut selepas melihat kepada dasar-dasar kerajaan semasa dalam melindungi alam sekitar.

Duta Perancis Frederic Laplanche datang ke Malaysia dan beliau mengakui bahawa perkaitan antara minyak sawit dengan penebangan dan kemusnahan hutan sejak sekian lama telah menjejaskan imejnya tetapi keadaan telah berubah.

Ujar beliau, kerajaan Malaysia sedang menangani dengan positif isu alam sekitar dan defisit kepercayaan dalam kalangan pengguna Eropah dan usaha tersebut sangat baik dan amat penting.

Leave a Reply