Input your search keywords and press Enter.

Tragedi Pergi Sekolah, Dua Pelajar Maut Dirempuh

M Update, 9/5/2019 – Dua pelajar perempuan maut manakala seorang lagi cedera selepas dua motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi itu, mangsa Siti Norhanim Alia Hamid, 17, menunggang motosikal bersendirian maut serta-merta di lokasi kejadian. Manakala rakan mangsa, Nor Asmidar Iliana Abdullah, 17, yang menaiki motosikal lain pula disahkan meninggal dunia di Hospital Tumpat.

Manakala adik Nor Asmidar Iliana, Puteri Balqis, 13, yang membonceng motosikal turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tumpat. Kesemua mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat di sini. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *