Input your search keywords and press Enter.

Persidangan Ulama Sedunia 7 & 8 Mei 2024

M Update, 18/04/2024 – Persidangan Ulama Sedunia anjuran Muslim World League yang berpangkalan di Arab Saudi akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei 2024 ini. Penganjuran Persidangan Ulama Sedunia ini merupakan kerjasama antara Muslim World League dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Jemaah Menteri telah meluluskan penganjuran program itu selepas menerima memorandum daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Kerajaan berharap persidangan ini dapat mengumpulkan sejumlah ulama di dunia selain membincangkan perkara-perkara terkini termasuk nmengenai sikap ekstremisme yang berlaku dalam dunia Islam pada hari ini.