Input your search keywords and press Enter.

Chelsea lengkapkan detik bersejarah bola sepak England

M-Update,10/5/2019, LONDON – Chelsea melengkapkan musim gemilang bola sepak England apabila melepasi malam mendebarkan dengan menyingkirkan Eintracht Frankfurt menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke final Liga Europa, hari ini. Selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat, pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti, dan Blues menceriakan penonton di Stamford Bridge apabila menang 4-3 untuk menempah pertemuan akhir dengan kelab sebandar, Arsenal.

Kemaraan Chelsea dan Arsenal dalam pertandingan kelas kedua Eropah itu melengkapkan dominasi England selepas Liverpool dan Tottenham terlebih dulu menempah pertemuan akhir sesama sendiri di pentas Liga Juara-Juara. Seperti mana yang berlaku dalam separuh akhir pertama di Jerman minggu lalu, aksi di London turut berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

Ruben Loftus-Cheek memberi permulaan baik buat Chelsea apabila meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-28. Bagaimanapun, jaringan Luka Jovic, empat minit selepas babak kedua bersambung membolehkan Eintracht menyamakan kedudukan.

Kepa Arrizabalaga memenuhi reputasi sebagai penjaga gol termahal dunia apabila muncul wira Blues dalam penentuan sepakan penalti selepas menyelamatkan tendangan Martin Hinteregger dan Goncalo Paciencia untuk memastikan Chelsea melakar kemenangan dramatik. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *