Input your search keywords and press Enter.

Penjualan Tiket Bas Dan Penerbangan VTL Malaysia-Singapura Dibuka Semula

M Update, 21/01/2022 – Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Disember lalu, dibuka semula berkuat kuasa hari ini.

Kuota tiket bas dan penerbangan yang dijual dikurangkan 50 peratus daripada kapasiti sedia ada. Bagaimanapun, penumpang yang membeli tiket bagi tarikh perjalanan selepas 20 Januari 2022 (semalam) sebelum pengumuman penggantungan jualan tiket dibuat, mereka dibenarkan meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif VTL mengikut kuota ditetapkan sebelum ini.

Keputusan untuk membuka semula penjualan tiket bagi inisiatif VTL darat dan udara itu dibuat hasil penilaian risiko yang dilaksanakan berdasarkan situasi semasa Covid-19 di kedua-dua negara. KKM menyarankan semua pengembara supaya bertanggungjawab dan sentiasa mematuhi arahan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – Khairy Jamaluddin