Input your search keywords and press Enter.

Ketegangan anti-Islam di Sri Lanka terkawal

M Update, 14/05/2019 – Tentera Sri Lanka dengan kereta berperisai hari ini mengawal bandar-bandar yang di cemari keganasan minggu ini bila mana penduduk Islam terpaksa bersembunyi di sawah padi semasa perusuh menyerang kediaman dan premis kedai mereka.

Pihak berkuasa berkata, situasi di bahagian barat laut yang terjejas teruk di negara pulau terletak di Lautan Hindi masih terkawal selepas perusuh anti-Islam dilihat bergerak dari bandar ke bandar sejak kelmarin.

Seorang lelaki ditikam sehingga mati dan perusuh menyerang masjid dan membakar al-Quran dalam keganasan yang mensasarkan penduduk Islam selepas serangan bom nekad ketika sambutan Easter yang membunuh 250 orang di gereja dan hotel di Colombo.

“Penduduk Islam berkumpul berhampiran sawah padi, tiada sesiapapun yang mati” kata salah seorang daripada kumpulan lelaki yang berkumpul di luar masjid terletak di bandar Kottampitiya.

Kumpulan terdiri daripada puluhan orang tiba dengan teksi dan menyerang premis kedai dimiliki penduduk Islam dengan batu selepas tengah hari semalam.

Penduduk berkata, awalnya perusuh hanya 200 orang dan kemudian meningkat 1,000 orang.

Saksi berkata selain masjid utama, perusuh turut menyerang 17 premis kedai, 50 rumah milik penduduk Islam.-Reuters.

Leave a Reply