Input your search keywords and press Enter.

myPortfolio Dilancarkan Bagi Memantapkan Perkhidmatan Kerajaan

M Update, 14/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melancarkan myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam bagi mempertingkatkan lagi kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, myPortfolio nanti akan menjadi rujukan kepada agensi kerajaan dalam penyediaan dokumen berkaitan prosedur, proses kerja dan tanggungjawab yang lebih teratur di peringkat jabatan dan individu.

“myPortfolio ini merupakan instrumen pengurusan strategik untuk memantapkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien dapat membantu rakyat berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan telus,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Katanya lagi, inisiatif myPortfolio membolehkan seseorang penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat dalam melaksanakan tugas mereka serta parameter dan hubungan tugas mereka dengan pegawai lain. Proses ini juga memudahkan penyelia memantau status pelaksanaan tugas dan mengambil tindakan pembetulan jika berlaku kelewatan,” katanya.

Katanya lagi, dengan adanya myPortfolio juga dapat memastikan supaya tidak berlaku kelewatan dan kesilapan dalam pelaksanaan tugas di jabatan kerajaan dan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti yang membawa kebaikan kepada rakyat. Tambahnya, kerajaan kini fokus terhadap agenda reformasi dan pemerkasaan tadbir urus bagi mencegah berlakunya rasuah, ketirisan, penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai pemangkin kepada wujudnya persekitaran kondusif yang menyokong kepada peningkatan daya saing negara di peringkat global. – SN Online

Leave a Reply