Input your search keywords and press Enter.

KWSP beli bangunan ibu pejabat Sports Direct United Kingdom

Menurut laporan The Sunday TimesĀ , Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Malaysia membeli bangunan ibu pejabat Sports Direct International Plc di United Kingdom (UK) bagi pertimbangan tunai 120 juta pound (AS$153 juta).

Pada 17 Mei yang lalu Mike Ashley iaitu pemilik Sports Direct mengadakan rundingan peringkat akhir bagi tujuan penjualan hak milik bebas ke atas hartanah miliknya itu di Shirebrook, di tengah England, termasuk kompleks gudang dan pusat pengedaran, kepada KWAA Logix Sportivo Ltd bagi pertimbangan tunai 120 juta pound.

The Times melaporkan bahawa KWSP adalah pemilik KWAA Logix Sportivo. Peruncit sukan dari UK itu juga mengatakan bahawa apabila perjanjian itu diselesaikan nanti, ia akan memajak hartanah di Shirebrook itu bagi tempoh 15 tahun dan mengendalikannya sebagai pusat pengedaran, pejabat dan perniagaan runcit seperti biasa. – Bloomberg

Leave a Reply