Input your search keywords and press Enter.

Koronavirus : Jumlah Kematian Jangkitan Wabak Koronavirus Baharu Meningkat Kepada 362 Orang

M Update, 03/02/2020 – Jumlah kematian akibat jangkitan wabak koronavirus baharu meningkat kepada 362 orang, manakala sebanyak 17,205 kes jangkitan dilaporkan setakat ini.

Reuters melaporkan, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan sebanyak 2,829 kes baharu direkodkan di China dengan 57 daripadanya membabitkan kematian.

Sebanyak 56 kematian dilaporkan berlaku di wilayah Hubei iaitu pusat kejadian wabak koronavirus itu, manakala satu lagi di Chongqing.

Angka itu dilaporkan berbanding 2,590 kes dengan 49 kematian pada Sabtu lalu.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 171 kes dilaporkan di lebih 20 negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain.

Leave a Reply