Input your search keywords and press Enter.

Selesai konflik Di Meja Rundingan – PM

M Update, 30/5/2019 – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prasyarat utama ke arah menzahirkan Orde Baharu Dunia ialah memastikan semua konflik diselesaikan di meja rundingan.

Perdana Menteri berkata, semua pihak juga perlu sedia melepaskan sesuatu dalam usaha mencapai persetujuan. Menyifatkannya sebagai cara masyarakat bertamadun, beliau berkata, langkah melancarkan peperangan dan saling membunuh serta memusnahkan tidak jauh bezanya dengan kaedah hidup primitif.

“Jika ada pihak yang berkeras tidak mahu langsung berkorban dan hanya ingin mengikut kemahuan sendiri, kita tidak akan mendapat penyelesaian. Kita perlu mengakui, untuk mencapai keputusan saling memanfaatkan, ia bukan bermakna kita akan mendapat semua yang dimahukan. Sebaliknya, kita perlu mengorbankan sesuatu supaya pihak lain juga sanggup berbuat perkara sama dan itu cara Orde Baharu Dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) 2019 di Hotel Imperial di sini, sebentar tadi. -BH Online

Leave a Reply