Input your search keywords and press Enter.

Isu Orang Asli Kuala Koh Ditangani Sebaik Mungkin

M Update, 11/6/2019 – Setiap agensi kerajaan yang terbabit akan memastikan isu berkaitan Orang Asli Kuala Koh di Gua Musang, Kelantan ditangani sebaik mungkin, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tindakan itu demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, khususnya masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

“Perkara membabitkan nyawa rakyat adalah isu besar yang perlu perhatian khusus dan tindakan menyeluruh,”

Pagi tadi beliau mempengerusikan mesyuarat tergempar yang membincangkan perkembangan terkini situasi di Kuala Koh yang dihadiri wakil pelbagai agensi berkaitan dalam operasi di penempatan Orang Asli terbabit.

Timbalan Perdana Menteri akan turun ke kawasan penempatan Orang Asli berkenaan bagi meninjau perkembangan terkini, Jumaat ini.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan mengesahkan dua Orang Asli mati akibat jangkitan kuman di paru-paru namun punca yang menyebabkan jangkitan itu masih belum dapat dipastikan.

Kementerian Kesihatan juga berdepan kesukaran untuk menjejaki dan mendapatkan 12 mayat Orang Asli suku Batek di Kuala Koh kerana pasukan perubatan tidak dapat menjejaki lokasi spesifik semua mayat dikebumikan.

Sumber : BH

Leave a Reply