Input your search keywords and press Enter.

PRU15: Tempoh Berkempen Selama 2 Minggu Mencukupi – PM

Foto: Bernama

M Update, 20/10/2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tempoh masa 14 hari itu mencukupi untuk parti politik berkempen.

“Dulu pun 14 hari. Ada masa pun dulu kurang dari 14 hari. Parti politik kena buat perancangan masing-masing untuk pastikan cukup masa 14 hari itu.

“Kalau terlampau lama orang mengadu terlalu panjang, penat. Jadi SPR sudah tentukan jadi kita akur dan akan terus bekerja berdasarkan jumlah hari yang disediakan untuk berkempen,” katanya ditemui selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia.

SPR menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pilihan Raya Negeri Pahang, Perak serta Perlis dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N66 Bugaya di Sabah ditetapkan pada hari Sabtu 19 November ini dengan tempoh kempen pilihan raya ditetapkan selama 14 hari. – Berita Harian