Input your search keywords and press Enter.

Kanada enggan ambil balik sisa plastik dari Malaysia

M Update, 14/06/2019 –  Kanada tidak bercadang menerima semula sisa plastik yang datang dari negara itu dan kini ditinggalkan di Malaysia, kata jurucakap Kementerian Alam Sekitar Kanada semalam.

Lewat Mei lalu, kerajaan Malaysia menegaskan akan menghantar balik 3,000 tan sisa plastik ke 14 negara asal, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia dan Britain.

Dalam kenyataan yang diemelkan kepada Reuters, jurucakap Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kanada, Gabrielle Lamontagne, berkata: “Kerajaan di Ottawa tidak bercadang mengutip balik sisa buangan di Malaysia.”

Beliau menambah, Kanada tidak menerima sebarang maklumat mengenai penghantaran sisa buangan dari negara itu ke Malaysia dan berkata kementerian sudah menghubungi Malaysia untuk mendapatkan butiran lanjut.

Sisa buangan luar muncul sebagai punca ketegangan diplomatik sejak beberapa bulan lalu di Asia Tenggara.

Filipina memanggil balik diplomatnya ke Kanada Mei lalu berhubung dakwaan pembuangan sisa dari Kanada yang tidak dikembalikan ke negara itu menjelang tarikh akhir.

Kerajaan Kanada mencapai persetujuan bulan lalu dengan Manila untuk mengambil semula bahan buangan yang dijangka akan tiba di negara itu lewat bulan ini. — Reuters

Leave a Reply